Udang Masak Lemak Cili Padi

Udang Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan Udang Masak Lemak Cili Padi :

20 ekor Udang (anggaran lebih pun xpe)
4 ulas Bawang putih
1 ulas Bawang merah
3 cm kunyit hidup ( boleh juga ganti pakai serbuk kunyit )
8 biji cili padi (nak pedas letak banyak)
1 batang serai
1 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
1 helai daun kunyit
1 kotak santan (kotak kecik) Boleh juga nak pakai santan segar
Kacang panjang (ikut suka )
Lobak Merah (ikut suka) 
2 biji Tomato
Garam secukup rasa
*Sayur ikut cita rasa sendiri kalau suka makan sayur boleh jew nak letak banyak.

Cara memasak Udang Udang Masak Lemak Cili Padi :

1) Tumbuk/kisar bawang putih + bawang merah + kunyit + cili padi. Serai ketuk sikit.
2) Hidupkan api, Masukkan bahan tumbuk/kisar dalam periuk gaul sebati. 
3) Masukan Lobak merah dan kacang panjang
3) Masukan santan dan kacau untuk mengelakkan pecah santan.
3) Bila santan dah mendidih, masukkan udang, asam keping dan daun kunyit
4) tambahkan air sedikit. (ikut kepekatan yang korang suka, kalau tak suka pekat sangat boleh tambah air sikit).
5) Letak garam secukup rasa. Kacau sebentar dlm 2,3 min. siap!!



Selamat Mencuba!!



Boleh cuba Resepi Kerapu Masak Stim 
Previous
Next Post »