Cik Gebu Pakai Bedak

March 30, 2017

Cik Gebu Pakai Bedak


Bersiaran kembali... Bahaya betul bila virus M datang singgah. Apa pun tak jadi. Nasib CM ada 2 orang pembantu merangkap pembuli CM iaitu Aqilah Firzanah dan Afiq Furqan dorang ne lah yang suka buli Cm oder cik gebu a.k.a Donut, Ingat mak deme ne pandai la sangat masak. Tawakal jew lah kalau jadi jadi lah donut tu kalau tak masuk tong sampah jawapnya. Bila anak-anak dah oder penyakit M tu terpaksa letak tepi.


Cik Gebu Pakai Bedak
Inilah rupa Cik gebu bila dah pakai bedak


Dengan lafaz bismillah Cm pun google la resepi donut gebu. Macam-macam cara buat donut gebu patutlah selama ne Cm buat x pernah gebu gebas. Tapi kali ne Cm cilok resepi dari Fb Azlina Ina.  Alhamdulillah menjadik walaupun resepi asal ada guna telur tapi CM kan sukar ingkar dengan resepi asal. Jadi cik gebu yang Cm buat kali ne tanpa telur.


Cik Gebu Pakai Bedak
Panas-panas dalam kuali, tengok gebukan

Alhamdulillah suka taw CM bila tengok anak-anak dan somi makan sambil menjilat jari, sedap makan gula la tu


Dibawah adalah resepi yang CM cilok dari Fb Azlina Ina, semoga Azlina Ina dimurahkan rezeki sebab suka share-share resepi yang best dan sedap.

 

 

Resepi Cik Gebu sukatan Cawan

Bahan A

* 1 cawan air
* 2 sudu besar tepung gandum ( masak atas api perlahan sampai pekat @ kental dan sejukan )

Bahan B

1 Paket yis
* 1 Sudu besar susu pekat
* 1 Sudu besar gula
* 2 Sudu besar butter/ majerin
* 1 cawan air suam ( campur semua bahan betanda * dan biarkan sampai berbuaih )

Bahan C

* 4 Cawan tepung gandum
* 1/2 cawan susu tepung ( yang ne Cm ganti dengan meal shake )



Cara Masak Cik Gebu sukatan Cawan 


Bahan C + Bahan A + Bahan B 

Uli semua bahan A+B+C sampai tak melekat di tangan


Selamat Menjamu selera .

3 comments:

  1. Sedapnya.. dah lama tak makan ni.. nak cuba makan lagi la.. memang sedap kalau makan petang2 sambil mengeteh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memamg sedap eh masuk bakul pulak hehe, Nak cuba makan kew nak cuba buat Fareed

      Delete

Powered by Blogger.