Resepi Sotong Goreng Tepung Sedap

January 12, 2017


Resepi Sotong Goreng Tepung Sedap

Bahan-bahan Sotong Goreng Tepung Sedap :

6 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong bersama telur)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Sebiji telur
Minyak untuk menggoreng

*Tepung boleh ditambah atau dikurangkan mengikut jumlah sotong yang hendak di goreng

 
Resepi Sotong Goreng Tepung Sedap
sotong goreng sedap by cik mijah

Cara Memasak Sotong Goreng Tepung Sedap :

1.      Siang sotong dan hiris kasar
2.      Pecahkan sebiji telur, gaul dengan sedikit garam ( celupkan sotong yang dah dihiris tadi )
3.      Campurkan semua jenis tepung, serbuk lada putih, lada hitam dan kunyit
4.      Panaskan minyak untuk mengoreng
5.      Pastikan api tidak terlalu besar untuk elak sotong hangusss
6.      Pastikan sotong tenggelam semasa digoreng dalam miyak masak
7.      Apabila sudah nampak garing boleh angkat sotong dan di toskan dahulu miyak goreng tersebut

Siap untuk di hidang,

Selamat Mencuba,


Jemput Baca :

Resepi Kari kepala Ikan Parang

Resepi Ikan Kerapu Stim


No comments:

Powered by Blogger.