Resepi Nona Manis Sukatan Cawan Yang Super Mudah

Mood rajin sudah datang, so terjadi la si Nona Manis. Kuih ne memang sedap... mane tak sedap sebiji kelapa di hentamnya. Ne namanya resepi ingkar. kalau ikut tok guru yang ajar cik mijah dia suruh pakai santan KARA dalam kotak tu. Tak sempat nak pergi beli yang ade santan asli so bedal la. Maka jadilah resepi nona manis super ingkar tapi sedap wei.

Terima kasih kepada empunya resepi Kak Nooriah Abdullah kerana berkongsi resepi nona manis sukatan cawan ini. Memang jadi dan sedap !


Resepi Nona Manis




Bahan-bahan membuat nona manis sukatan cawan


Bahan A1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan guna santan KARA ~ cik mijah ingkar pakai santan perah jew
Pukul telur hingga kembang.
masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Campurkan dengan telur dan kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple


Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam,  dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berketul-ketul
kemudian masak dengan api sederhana hingga ia likat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara-cara membuat nona manis sukatan cawan


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik ) nak senang masuk jew dalam botol sos picit settle.

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak masak
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan

teringin nak makan tapi malas.  cik mijah boleh tolong tekak anda.
Pm @ Wsup cik mijah 017-3687028 sekitar seksyen 28 shah alam dan hujung minggu area jenjarom dan banting.







Jika anda mahu mendapatkan Supliment Shaklee dengan harga super jimat hubungi cik mijah

Wassup : 017-3687028
Email : mizzmia27@gmail.com
FaceBook : Miza Talib
Instagram : Miza_Talib

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
NINA FARHANA
admin
March 4, 2017 at 1:20 AM ×

Senang je rupenye buat kuih ni. Boleh cuba niii😁 tq sb share resepi 😘

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Congrats bro NINA FARHANA you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar