KARI KEPALA IKAN PARANG 4 MINIT

November 24, 2016

Kari kepala Ikan Parang 4 MINIT



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hmm, dah pikir nak masak apa untuk dinner malam ne.

Disini cik mijah nak kongsikan resepi kari kepala ikan parang yang sempat cik mijah masak ahad lepas.

Semoga membantu.

kari kepala ikan parang

Bahan-bahannya Kari Kepala Ikan Parang :

2 Ekor Ikan Parang - dipotong sedang
10 Tangkai Bendi
2 Tangkai cili masak
Garam secukup rasa
Air Asam secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:
1 inci kulit kayu manis
1 Tangkai Daun Kari
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar – diblend
2 inchi Halia -diblend
3 ulas bawang putih - diblend
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar halba


Bahan-bahan disatukan:
4 sudu besar serbuk rempah kari ikan Babas
Air secukupnya.
kari kepala ikan parang


Cara-cara membuat Kari Kepala Ikan Parang :

1- Sediakan bahan-bahan untuk ditumis.
2- Switch on periuk.  Tekan fungsi `STIR FRY' dan On.  Tumis bahan-bahan sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
3- Tumis sehingga rempah pecah minyak.
4- Apabila rempah telah pecah minyak, masukkan ikan  ke dalam periuk dan gaul rata (ikan bercampur dengan rempah).
5- Masukkan air, diikuti dengan garam dan Bendi Kacau rata.
6- Off fungsi STIR FRY.  Tutup periuk. Tukar kepada fungsi HIGH PRESSURE. Set juga tombol ke arah PRESSURE.  Set 4 minit dan tekan ON.
Selepas 4 minit berlalu, putar tombol ke arah STEAM perlahan-lahan untuk bebaskan wap.
7- Buka tudung periuk dan kacau rata. Masa ini ikan dan bendi telah empuk. Masukkan cili masak dan tutup periuk kembali. 
Biarkan dalam status PRE-HEAT/WARM supaya kari kepala ikan sentiasa panas.

Selamat Menjamu Selera


1 comment:

Powered by Blogger.